Beribadah kepada Allah S.W.T.
Amalan qiamullail bukanlah satu perkara baru, bahkan ianya merupakan ibadah
yang sudah menjadi darah daging atau amalan para rasul, nabi-nabi, orang salih
dan alim ulama’ sejak dahulu lagi. Ibadat khas sama ada wajib atau sunat
semuanya bersandarkan kepada dalil-dalil naqli dari Allah.S.W.T sebagai bukti
bahawa ternyata Allah memerintahkan hamba-Nya untuk melakukan ibadat tersebut.
“Wahai orang yang berselimut!
Bangunlah solat tahajjud pada waktu malam, selain daripada sedikit masa (yang
tidak dapat tidak untuk berehat) iaitu separuh dari waktu malam atau kurangkan
sedikit dari separuh itu ataupun lebihkan (sedikit) daripadanya: dan bacalah
al-Quran dengan tartiil”
(Surah al-Muzammil ayat 1-4)
- Qiyamullail ialah bangun pada
waktu malam (menghidupkan malam) dengan beribadat kepada Allah seperti
bersolat, membaca al-Quran dan berzikir semata-mata mengharap keredhaan Allah.
- Pada awalnya qiamullail wajib
bagi rasulullah dan para sahabat. Semak ayat 1-10 surah al-Muzammil di bawah
ini.
1] Wahai orang yang berselimut!.
[2] Bangunlah sembahyang Tahajjud
pada waktu malam, selain dari sedikit masa (yang tak dapat tidak untuk berehat),
[3] Iaitu separuh dari waktu
malam, atau kurangkan sedikit dari separuh itu,
[4] Ataupun lebihkan (sedikit)
daripadanya; dan bacalah Al-Quran dengan “Tartil”.
[5] (Sayugialah engkau dan
pengikut-pengikutmu membiasakan diri masing-masing dengan ibadat yang berat
kepada hawa nafsu, kerana) sesungguhnya Kami akan menurunkan kepadamu wahyu
(Al-Quran yang mengandungi perintah-perintah) yang berat (kepada orang-orang
yang tidak bersedia menyempurnakannya).
[6] Sebenarnya sembahyang dan
ibadat malam lebih kuat kesannya (kepada jiwa), dan lebih tetap betul
bacaannya.
[7] (Kami galakkan engkau dan
umatmu beribadat pada waktu malam), kerana sesungguhnya engkau pada siang hari
mempunyai urusan-urusan yang panjang kira bicaranya;
[8] Dan sebutlah (dengan lidah
dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah
(amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.
[9] Dia lah Tuhan yang menguasai
timur dan barat; tiada Tuhan melainkan Dia; maka jadikanlah Dia Penjaga yang menyempurnakan
urusanmu.
[10] Dan bersabarlah terhadap apa
yang dikatakan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhkanlah dirimu dari
mereka dengan cara yang baik.
- Setelah setahun disyariatkan
amalan itu menjadi sunat muakkad pula bagi setiap umat Islam .Namun ia tetap
wajib ke atas Nabi Muhammad S.A.W. Semak maksud ayat 20 surah al-Muzammil di
bawah ini .
"Sesungguhnya Tuhanmu (wahai
Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama
kurang dari dua pertiga malam, dan selama satu perduanya, dan selama satu
pertiganya; dan (demikian juga dilakukan oleh) segolongan dari orang-orang yang
bersama-samamu (kerana hendak menepati perintah yang terdahulu); padahal Allah
jualah yang menentukan dengan tepat kadar masa malam dan siang. Ia mengetahui
bahawa kamu tidak sekali-kali akan dapat mengira dengan tepat kadar masa itu,
lalu Ia menarik balik perintahNya yang terdahulu (dengan memberi kemudahan)
kepada kamu; oleh itu bacalah mana-mana yang mudah kamu dapat membacanya dari
Al-Quran (dalam sembahyang).
Ia juga mengetahui bahawa akan
ada di antara kamu orang-orang yang sakit; dan yang lainnya orang-orang yang
musafir di muka bumi untuk mencari rezeki dari limpah kurnia Allah; dan yang
lainnya lagi orang-orang yang berjuang pada jalan Allah (membela ugamaNya).
Maka bacalah mana-mana yang sudah kamu dapat membacanya dari Al-Quran; dan
dirikanlah sembahyang serta berikanlah zakat; dan berilah pinjaman kepada Allah
sebagai pinjaman yang baik (ikhlas). Dan (ingatlah), apa jua kebaikan yang kamu
kerjakan sebagai bekalan untuk diri kamu, tentulah kamu akan mendapat
balasannya pada sisi Allah, -sebagai balasan yang sebaik-baiknya dan yang amat
besar pahalanya. Dan mintalah ampun kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani".
KELEBIHAN QIAMULLAIL
Doa mudah dimakbulkan.
Mendapat ketenangan jiwa.
Dimurahkan rezeki.
Dihormati masyarakat.
Dilindungi Allah daripada khianat
manusia.
Jika dia pemimpin akan dihormati
dan disegani
Dan lain-lain kebaikan kurniaan
Allah.
WAKTU-WAKTU QIAMULLAIL
Waktu untuk solat malam ialah
selepas isya’ sehingga sebelum masuk subuh. Bagi solat tahajjud, kita
digalakkan untuk tidur dahulu walaupun seketika.
Waktu yang paling afdal (utama)
ialah sepertiga malam .
Pengisian Qiamullail.
Qiamullail boleh dimulakan sebaik
sahaja selepas solat isyak kecuali solat sunat tahajjud dikehendaki atau
digalakkan tidur terlebih dahulu.
Di antara aktiviti pengisiannya;
(1) Solat sunat tasbih.
(2) Solat sunat Taubat.
(3) Solat sunat Tahajjud*
(4) Solat sunat Istikharah.
(5) Solat sunat Hajat.
(6) Dan solat sunat yang lain.
(7) Solat sunat witir.( Penutup
solat sunat )
*..Sabda Rasulullah.s.a.w.
bermaksud;“Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud)
di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim).
Semua solat sunat itu ditutup
dengan solat Sunat Witir ( Witri ), sekurang-kurang tiga rakaat dengan cara
bersolat dua rakaat satu salam dan satu rakaat satu salam.( Tiga rakaat dengan
dua salam )
Selepas solat tersebut sementara
menunggu waktu Subuh eloklah berzikir seperti yang biasa dilakukan dan membaca
al.Quran.
CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT HAJAT
• Cara melakukan Solat Sunat
Hajat sama sahaja seperti melakukan solat sunat yang lain. Perbezaanya hanya
pada niat
• Boleh dilakukan secara
berjemaah atau bersendirian
• Terdapat banyak cara untuk
mengerjakan Solat Sunat Hajat. Salah satu caranya ialah
( cara paling ringkas) ialah :
1. Lafaz Niat Solat Hajat :
اصلي
سنة الحاجة ركعتين لله
تعالي
Maksudnya : Sahaja aku Solat
Sunat hajat 2 rakaat kerana Allah Taala
Bilangan Rakaat :
1. Pada Rakaat Pertama setelah
takbiratulihram :
1. Baca doa iftitah
2. Baca Al Fatihah
3. Baca Surah Al Kafirun 1 kali
4. Melakukan rukuk, iktidal &
sujud seperti biasa
2. Pada Rakaat Kedua
1. Baca Al Fatihah
2. Baca Surah Al Ikhlas
3. Melakukan rukuk, iktidal &
sujud seperti biasa
4. Membaca Tahiyat Akhir
3. Memberi Salam
4. Berdoa selepas memberi salam :
1. Mulai doa dengan lafaz memuji
Allah S.W.T. & bersalawat kepada nabi S.A.W.
2. Setelah itu kemudian bacalah
doa @ mintalah apa yang kita hajatkan.
“Maha Suci Allah yang bersifat
dengan kemuliaan dan Dia berfirman dengannya. Maha Suci Allah yang mempunyai
sifat ketinggian dan menjadi mulia dengannya. Maha Suci Allah yang meliputi
ilmuNya segala sesuatu, Maha Suci Allah yang tidak ditasbih melainNya. Maha
Suci Allah yang mempunyai pemberian dan kelebihan. Maha Suci Allah yang
mempunyai kebesaran dan kemuliaan. Maha Suci Allah yang mempunyai pemberian dan
nikmat. Aku memohon RahmatMu dari kitabMu dan dengan namaMu yang mulia dan
kehormatanMu yang tinggi dan kalimat-kalimatMu yang sempurna yang tidak dapat
diatasi oleh sebarang kebaikan dan kejahatan bahawa Engkau Selawat dan salam
kepada Nabi Muhammad SAW dan segala keluarganya.”
CARA/KAIFIAT MENUNAIKAN SOLAT TASBIH
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana
diucapkan tasbih sebanyak 300 tasbih. Solat Tasbih dianjurkan kalau boleh
tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup sekali seminggu, andaikata tidak
sanggup, usahakan sekali sebulan, sekiranya tidak sanggup sekali sebulan,
sekali setahun, kalau setahun sekali pun tidak sanggup, kerjakanlah sekali
dalam seumur hidup.
Solat Sunat Tasbih dilakukan
empat rakaat dengan satu salam. Elok dilakukan sebelah malam, namun boleh juga
di siang hari. Harus diingat, wlaupun 4 rakaat, solat ini mengambil masa yg
agak lama, kerana diselangi membaca 300 x tasbih.
Bacaan tasbih itu ialah :
سُبْحَانَ
اللَّهِ وَالْحَمْدُ لِلَّهِ وَلَا إِلَهَ
إِلَّا اللَّهُ وَاللَّهُ أَكْبَرُ
“Maha Suci Allah dan segala puji
bagi Allah, dan tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah,
Allah Maha Besar”
Solat ini dilakukan 4 rakaat,
setiap satu rakaat kita baca 75 x tasbih. 4 rakaat menjadikannya 300 tasbih
Bacaan tasbih dalam satu rakaat
ialah:
1. selepas baca doa Iftitah,
al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali tasbih
2. rukuk - 10 kali tasbih
3. iktidal - 10 kali tasbih
4. sujud - 10 kali tasbih
5. duduk antara 2 sujud - 10 kali
tasbih
6. sujud semula - 10 kali tasbih
7. duduk sebentar sebelum berdiri
semula/selepas tahiyat awal @ akhir - 10 kali tasbih
Jadi jumpah tasbih dalam satu
rakaat ialah 75 tasbih . Ulang langkah 1-7 sampai 4 rakaat, jadi jumpah
semuanya 300 tasbih
Niat Solat Tasbih
أصَلِّي
سُنَّةَ التَسْبِيحِ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ لِلهِ تَعالىَ
Sahaja aku sembahyang sunnat
tasbih empat rakaat kerana Allah Ta’ala
Surah-surah yang sunat dibaca
selepas al-Fatihah
1. Rakaat pertama : Surah
at-Takasur
2. Rakaat Kedua : Surah al-Asr
3. Rakaat Ketiga : Surah
al-Kafirun
4. Rakaat Keempat : Surah
al-Ikhlas
Doa Sunat Sembahyang Tasbih
“Ya Allah, Ya Tuhanku, aku
bermohon taufiq daripada Mu seperti mana orang-orang yang telah Engkau beri
petunjuk, dan jadikanlah amalan ini sepertimana amalan ahli yakin, dan jadikan
aku dari golongan yang menerima nasihat,orang-orang yang bertaubat, dan keazaman
ku seperti mana orang-orang yang takut. Dan aku bermohon seperti mana pemohon
orang yang suka kepada kebaikan dan beribadahseperti ibadat orang-orang yang
warak. Dan jadikan pengetahuanku ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga
aku termasuk ke dalam golongan orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, aku memohon kepadaMu,
jadikan dalam diriku ini perasaan takut yang dapat menghalang aku daripada
melakukan maksiat sehinggalah aku beramal dengan penuh ketaatan kepadaMu
sebagaimana amalan yang aku merasa perlu mendapatkan keredhaanMu dan juga
sehingga aku betul-betul ikhlas dan bertawakal kepadMu dalam setiap perkara,
dan aku memohon supaya menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau Maha Suci
Engkau Pencipta Cahaya kebenaran. Ya Tuhan kami, sempurnakanlah kepada kami
cahaya kebenaran, dan ampunilah kami. Sesungguhnya di atas sesuatu itu Engkau
Maha Berkuasa.”
Solat Witir adalah salah satu
solat sunat yang sangat dituntut untuk dikerjakan.
Hukum solat Witir adalah Sunnat
Muakkad. Jumlah maksima solat witir itu ialah 11 rakaat (6 salam),
sebaik-baiknya 3 rakaat (2 salam) dan sekurang-kurangnya satu rakaat sahaja.
Di antara fadhilat solat witir
ialah :
1. Para malaikat turut menyaksi
atas kesungguhan amalannya.
2. Lebih afdhal daripada sunat
Rawatib yang lain
3. “Sesungguhnya Allah itu witir
(ganjil), dan Dia menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli
Al-Quran.” Riwayat Abu Daud dan Tirmizi.
Niat Solat Sunat Witir Dua Rakaat
أصَلِّي
سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ
“Aku solat sunnat witir dua
rakaat kerana Allah Taala”
Niat Solat Sunat Witir Satu
Rakaat
أصَلِّي
سُنَّةَ الوِتْرِ رَكَعَةً لِلهِ تَعالىَ
Aku solat sunnat witir satu
rakaat kerana Allah Taala”
Zikir Selepas Solat Witir
سُبْحَانَ
اللَّهُ الْمَلِكِ الْقُدُّوسِ
Dibaca tiga kali sebelum membaca
doa :
Doa Solat Witir
“Ya Allah, sesungguhnya aku
berlindung dengan keredhaanMu daripada kemurkaanMu, dan aku berlindung dengan
kemaafanMu daripada balasanMu, dan aku berlindung denganMu seperti pujiMu
sendiri ke atas diriMu. Maka segala pujian dan sanjungan sehingga Engkau
redhai.”

